Saturday, September 29, 2012

PERUNTUKAN KEPADA ORANG KELAINAN UPAYA BAWA BERITA GEMBIRA

 Bernama Media 


KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)
menyatakan akan menggunakan dengan sebaiknya peruntukan besar disediakan untuk
mereka di bawah Belanjawan 2013 yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Selangor dan Wilayah Persekutuan
Damai, V.Murugeswaran berkata pihaknya mengucapkan tahniah kepada kerajaan
kerana mewujudkan taska untuk OKU - sesuatu yang sepatutnya sudah lama
dilaksanakan.
"Dengan perkembangan terbaru ini, sekolah-sekolah berkenaan akan mesra OKU
dengan segala kemudahan sewajarnya berbanding situasi sekarang di mana tidak
banyak sekolah dilengkapi kemudahan berkenaan," kata beliau.
Murugeswaran mengulas mengenai Taska OKU untuk enam kategori orang kelainan
upaya - down sindrom, autisme, buta, pekak, cacat anggota dan kurang daya
belajar.
Sementara itu, Presiden Orthopaedically Handicapped Lim Khoon Chuan berkata
peruntukan itu perlu ditumpukan kepada terapi untuk OKU.
Perdana Menteri mengumumkan Program Kebajikan 1Malaysia (KAR1SMA) di bawah
Kementrian Pembangunana Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntuk RM1.2
bilion mengandungi program bantuan bagi warga emas, kanak-kanak dan pekerja
kelainan upaya serta untuk penyakit kroni

No comments: