Thursday, December 1, 2011

Aerobridge tetap dibina di KLIA2

SEKALI LAGI KAMI INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA MAHB YANG FAHAM PERASAAN OKU DAN BERANI DALAM MEMPERBETULKAN KEADAAN. TETAPI PERANGAI DEGIL AIR ASIA SUNGGUH MEMALUKAN YANG LANSUNG TIDAK BUAT APA YANG MEREKA CAKAP " NOW EVERYONE CAN FLY"  YANG HANYA MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN



PROJEK pembangunan KLIA2 yang kini dalam pembinaan dan ia dijangka siap pada April 2013.




SEPANG - Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB) akan tetap menyediakan kemudahan jambatan aero (aerobridge) di KLIA2 yang bakal menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
Meskipun menerima bantahan daripada sebuah syarikat penerbangan yang dikatakan enggan menggunakan kemudahan tersebut kerana dilihat bertentangan dengan model perniagaannya, Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad berkata, kemudahan tersebut merupakan satu keperluan.
"Saya bercakap bagi pihak golongan kelainan upaya (OKU), kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas bahawa aerobridge akan dipasang di KLIA2.
"Saya berharap syarikat penerbangan yang bakal menggunakan KLIA2 akan menyokong langkah ini demi kemudahan orang ramai," katanya pada sidang media sempena lawatan media di KLIA2 di sini semalam.



No comments: