Hasil usaha persatuan damai selama lebih 12 tahun akhirnya telah mendatangkan satu rahmat kepada semua penganut hindu oku dan juga kepada semua rakyat di dalam dan dari luar negara
TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA DATUK SERI NAJIB DAN JUGA KEPADA JAWATANKUASA KUIL SRI MAHA MARIAMMAN
20/01/2011 21:05:03
1:53
Sambutan hari Thaipusam tahun ini pastinya lebih bermakna buat ribuan penganut Hindu negara ini apabila ada hadiah istimewa dikhabarkan.
Lebih manis apabila Perdana Menteri sendiri yang mengumumkannya iaitu pembinaan kereta kabel di Batu Caves yang dijadual siap tahun depan.
Ini lawatan kedua Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Batu Caves sempena sambutan hari Thaipusam.
Lawatan pertama tahun lalu.
Perdana Menteri tiba kira kira 10 pagi.
Beliau disambut Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamma, Datuk R. Nadarajah, pemimpin tertinggi MIC serta 200 ribu penganut Hindu.
Sambutan turut dimeriahkan pelancong dalam dan luar negara.
Menyedari ramai yang mengunjungi Batu Caves terutama semasa perayaan Thaipusam, Perdana Menteri mengumumkan berita gembira ini.
Projek kereta kabel yang kata Datuk Seri Najib akan jadi satu tarikan kepada Batu Caves.
Sepanjang 250 meter, perkhidmatan itu juga bakal memberi kemudahan kepada penganut agama Hindu kurang upaya dan warga emas.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak/Perdana Menteri "Tak payah naik 272 anak tangga tapi boleh meluncur ke atas dan boleh sampai terus ke atas ini satu tarikan juga buat pelancong dan ramai akan berkunjung ke Batu Caves apabila siap cable car ini."
Projek berharga RM10 juta itu akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Majlis menandatangani perjanjian persefahaman mengenainya disaksikan Perdana Menteri.
Ia antara pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman dengan Damodar And Conveyer Construction Limited, Calcutta, India.
No comments:
Post a Comment