Sunday, October 17, 2010

Perkhidmatan BANK Komuniti yang tidak mesra OKU

Surat kepada BSN dan Bank Negara Berhubung perkara diatas


Saya merujuk kepada perkara di atas.


Persatuan Damai ingin membawa perhatian pihak Tuan terhadap masalah yang dihadapi oleh golongan OKU dalam menggunakan fasiliti-failiti yang disediakan oleh BSN memandangkan kebanyakkan daripada cawangan BSN adalah tidak mesra OKU. Malah , kami telah membawa kepada perhatian media akan kesukaran yang ahli-ahli persatuan kami secara khususnya dan kesemua komuniti OKU secara amnya alami di Kepong sewaktu ingin mengeluarkan elaun OKU setiap bulan.


It’s not a walk in the park to get your welfare aid

http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/10979-its-not-a-walk-in-the-park-to-get-your-welfare-aid


Trying time for the disabled

http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=central&file=/2010/10/2/central/7145026



BSN vows to be disabled-friendly

http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/11320-bsn-vows-to-be-disabled-friendly


Pihak BSN telah melalui satu kenyataan akhbar online (Free Malaysia Today) menyatakan bahawa akan mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah tersebut. Namun begitu sehingga hari ini kami masih tidak nampak sebarang langkah positif yang diambil oleh pihak BSN untuk mengotakan janjinya.


Pihak BSN mengelar dirinya sebagai satu “Bank Komuniti” namun begitu cawangan-cawangannya tidak mesra OKU, ini jelas menunjukkan golongan OKU di Negara ini tidak termasuk dalam definisi “Komuniti” yang dimaksudkan oleh BSN.


Baru-baru ini kami telah berkerjasama dengan pihak Maybank bagi isu yang sama. Pihak Maybank telah memgubahsuai beberapa cawangan mereka dan dalam proses untuk mengubahsuai lebih banyak lagi cawangannya agar ianya dapat berkhidmat kepada golongan OKU di Negara ini. Sila rujuk laman blog persatuan Damai untuk mendapatkan gambaran lanjut. http://damaidisabledpersonsassociation.blogspot.com/


Bagi pengetahuan pihak BSN terdapat undang-undang kecil (UBBL) yang memerlukan semua bangunan awam dibina dengan spesifikasi mesra OKU. Saya lampirkan disini sesalinan undang-undang kecil tersebut bagi rujukan pihak BSN.


Mr. V.Murugeswaran

PRESIDENT

Damai Disabled Persons Association Sel & W.P.

No. 4, Lorong 1A/71J, Jalan Carey,

46000 Petaling Jaya, Selangor.

Tel : 03 7782 3603 / Fax: 03 7782 3962.

Website: www.damai.org.my

No comments: